Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Acara riadah berjalan kaki dan kempen kebersihan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Acara riadah berjalan kaki dan kempen kebersihan.JPG

SESI bergambar ramai tetamu kehormat dan warga Kementerian Pembangunan yang hadir.

MUARA, Ahad, 6 Julai. – Kementerian Pembangunan telah mengadakan aktiviti Riadah Berjalan Kaki dengan membawa tema “Walk as One, Work as One" di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat acara tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

“Walk as One, Work as One" menggambarkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kementerian. Ia menyeru agar semua melangkah dan bekerja secara sepasukan, saling menyokong, serta bergerak ke arah matlamat yang sama demi kejayaan organisasi dan kesejahteraan bersama.

2_Acara riadah berjalan kaki dan kempen kebersihan.JPG4_Acara riadah berjalan kaki dan kempen kebersihan.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan yang mengikuti acara riadah berjalan kaki.

Seramai 200 orang yang terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan dibawahnya hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi acara tersebut.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta doa selamat, dan diteruskan dengan riadah berjalan kaki sejauh 1.2 kilometer.

Sebagai usaha Kementerian ini dalam sama-sama menjaga kebersihan kawasan berkenaan, aktiviti riadah berkenaan diselajurkan dengan kempen kebersihan yang diharap akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta memupukkan rasa tanggungjawab dalam bersama-sama menjaga kebersihan di tempat awam di kalangan warga kementerian.

6_Acara riadah berjalan kaki dan kempen kebersihan.JPG5_Acara riadah berjalan kaki dan kempen kebersihan.JPG

KEMPEN kebersihan turut diadakan.

Sebanyak 250 kilogram sampah yang terdiri daripada botol plastik, beg plastik, bungkusan makanan, penyedut minuman dan pukat ikan yang terbiar telah dikumpul semasa kempen kebersihan tersebut. Kesemua sampah tersebut telah dilupuskan dengan selamat dan teratur selepas acara berakhir.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Ir. Awang Norazmi bin Othman; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Acara yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal serta Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya ini merupakan antara aktiviti tahunan yang diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan dibawahnya.

Attachments